Harimau bintang sangat aktif pada waktu
malam. Ia dapat memanjat dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas
pokok. Ia selalunya makan
mamalia sederhana besar, dan juga
burung,
reptilia serta
serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk memburu.
Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas 13 - 18 bulan.
No comments:
Post a Comment