Monday, 12 December 2011
Paus
Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri berikut:
- bernafas melalui paru-paru
- mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
- berdarah panas
- mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
- mempunyai empat ruang jantung
Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.
Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu ikan paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.
Udang galah
Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial.
Ikan Gupi
Ikan Gupi (Poecilia reticulata) juga di kenali sebagai(Ikan seribu ) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dibela sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan, arowana.Ikan Gupi berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan kepulauan Caribbean . Ikan gupi mula-mulanya telah diperkenalkan di negara-negara asia untuk mengawal populasi nyamunk terutamanya nyamuk aedes.
Ikan Gupi yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah , atau hitam(sais antara 2-3cm)tetapi yang betina berwarna kelabu(sais antara2-7cm). Ikan Gupi jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bactiria merupakan salah satu punca kematian ikan gupi.
Harimau putih
Harimau putih ialah sejenis harimau yang membawa gen resesif yang menghasilkan pewarnaan pucatnya. Wujudnya juga satu lagi ciri genetik yang menyebabkan belangnya turut berwarna pudar; harimau putih sebegini pula dipanggil harimau "putih salju" atau putih sejati. Ini terjadi apabila seseekor harimau mewarisi dua salinan gen resesif bagi pewarnaan puda yang jarang ini. Harimau putih berhidung merah jambu, bertapak kaki merah jambu, berkulit kelam kelabu, bermata biru ais, dan berbulu putih atau putih kuning berbelang hitam, kelabu atau coklat.
Harimau putih bukannya albino atau subspesies yang berlainan, jadi bolehlah membiak bersama harimau biasa yang berwarna jingga, itupun anaknya adalah heterozigot kerana gen pemutihan yang resesif, maka bulunya berwarna jingga, melainkan induk yang jingga pun heterozigot, maka anaknya ada 50% peluang menjadi putih resesif berganda atau jingga heterozigot. Jika dua harimau heterozigot membiak pula, maka purata 25% anaknya akan berwarna putih, 50% jingga heterozigot (pembawa gen putih) dan 25% yang selebihnya jingga homozigot tanpa gen putih. Pada 1970-an, sepasang harimau jingga heterozigot bernama Sashi dan Ravi melahirkan 13 anak dalam Zoo Alipore, tiga darinya berwarna putih.[1] Jika dua harimau putih membiak, hasilnya 100% anaknya berupa harimau putih homozigot. Harimau yang homozigot bagi gen putihnya boleh juga menjadi heterozigot atau homozigot untuk gen-gen yang lain. Persoalan sama ada seseekor harimau itu heterozigot atau homozigot bergantung kepada konteks gen yang mana sedang dibincangkan. Pembiakbakaan dalam menggalakkan kehomozigotan, maka dijadikan strategi melahirkan harimau putih.
Berbanding dengan harimau jingga tanpa gen putih, harimau putih selalunya lebih besar dari lahir lagi hingga mencapai saiz dewasa sepenuhnya.[2] Mungkin inilah salah satu kelebihan yang dimiliki oleh harimau putih dalam habitat liar meskipun berwarna sedemikian. Harimau jingga heterozigot pula juga lebih besar berbanding harimau jingga yang lain. Kailash Sankhala, pengarah Zoo New Delhi pada 1960-an, berkata "Salah satu fungsi gen putih ini mungkin adalah mengekalkan suatu 'gen saiz' dalam populasi sekiranya diperlukan sekalipun."[3]
Harimau putih individu yang berbelang gelap tercatat dengan sebaiknya bagi subspesies harimau Benggala, juga dikenali sebagai harimau Benggala Diraja atau harimau Infia, (Panthera tigris tigris atau P. t. bengalensis), bahkan juga wujud di kalangan harimau Siberia (Panthera tigris altaica) dalam kurungan, mungkin sekali pernah dicatatkan bagi subspesies lain dalam sejarah. Apapun, bulu putih paling berkait rapat dengan subspesies Benggala. Kini terdapat beberapa ratus harimau putih dalam kurungan di seluruh dunia, lebih kurang seratus daripadanya di India, dan bilangannya semakin bertambah. Populasi harimau putih moden merangkumi subspesies Benggala sejati dan kacukan Benggala-Siberia, tetapi tidak pastilah sama ada gen resesif pemutih ini berasal dari harimau Benggala sahaja, atau juga mana-mana leluhur harimau Siberia.
Corak warna yang aneh ini turut menaikkan nama harimau putih dalam zoo dan pertunjukan hiburan yang dibintangi oleh haiwan eksotik. Pasangan tukang silap mata Siegfried & Roy terkenal kerana membela dan melatih dua ekor harimau putih untuk persembahan mereka.
Burung Merak
Burung Merak (bahasa Inggeris: Peafowl) boleh merujuk kepada dua spesies burung dalam genus Pavo, dalam keluarga Phasianidae. Dua spesies merak ialah merak biru dan merak hijau
Monday, 5 December 2011
Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.
Harimau bintang
Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung, reptilia serta serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk memburu.
Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas 13 - 18 bulan.
Kucing Merah
Kucing Merah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Kucing Merah adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Kucing Merah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Jantung Kucing Merah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Burung Nuri
Burung Nuri, juga dikenali sebagai psittacines (disebut /ˈsɪtəsaɪnz/), ialah burung dalam kira-kira 372 spesies dalam 86 genus dalam order Psittaciformes, dijumpai di kebanyakan kawasan panas dan tropika. Tiga keluarga telah dibahagikan daripada ordernya, iaitu Psittacidae (nuri sebenar), Cacatuidae (kakatua) dan Strigopidae (nuri New Zealand). Burung nuri ini begitu luas taburannya dengan beberapa spesies yang mendiami kawasan sederhana panas seperti di Hemisfera Selatan. Kepelbagaiannya dapat dilihat lebih tumpat di kawasan Amerika Selatan dan Australsia.
Ciri-ciri fizikal burung nuri ialah mempunyai paruh yang kuat dan melengkung, bertenggek tegak, mempunyai kaki yang kuat dan berkuku kaki zygodactyl. Kebanyakan nuri mempunyai warna yang terang dan jelas, serta terdapat juga beberapa yang mempunyai multiwarna. Bagi bulu pelepah burung kakatua, kebiasaanya berwarna putih sehinggalah ke warna hitam dan juga berbulu pelepah yang boleh digerakkan di atas kepalanya. Kebanyakan nuri menunjukkan sedikit atau tiada langsung sifat dimorfisme seksualnya. Di samping itu, nuri ini juga terdapat dalam pelbagai saiz.
Diet pemakanan burung nuri ini kebiasaanya seperti bijirin, kekacang, buah, tunas dan lain-lain tumbuhan lagi. Terdapat juga beberapa spesies yang memakan haiwan dan bangkai, manakala burung lories dan lorikeet hanya memakan nektar tumbuhan dan bebuah yang lembut. Hampir kesemua nuri akan bersarang di lubang pokok (atau kotak sarang bagi yang di dalam kurungan) dan akan bertelur berwarna putih yang mana akan menetas sebagai anak burung nuri.
Menurut kajian, nuri dan juga beberapa jenis burung yang lain seperti gagak, iaitu raven, jay dan magpie, merupakan burung yang paling bijak dalam kalangan burung-burung yang lain dan juga berkebolehan untuk meniru suara manusia bagi beberapa spesies, yang mana meningkatkan lagi populariti burung tersebut sebagai haiwan kesayangan. Malangnya, tindakan menangkap dan menjual sebagai haiwan peliharaan di pasar gelap, serta pemburuan dan saingan daripada spesies invasif telah menyebabakan kehilangan habitat dan kekurangan populasi liarnya kerana dijadikan sasaran oleh kumpulan unggas yang lain untuk mengeksploitasi kumpulan nuri ini, berbanding dengan kumpulan burung yang lain. Tindakan pemuliharaan yang terkini telah mengambil kira langkah serius dalam memelihara habitat beberapa spesies burung yang kurang karismatik, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas beberapa spesies karismatik yang berprofil tinggi, yang mana, juga hidup dalam satu ekosistem yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)